TANGAN MENGGENGGAM MEMBENTUK ANGKA 1
Maksud: Tangan terluka yang mengangkat melambangkan usaha Tuhan untuk menyelamatkan jiwa yang terjatuh atau hilang. Ia juga melambangkan kerjasama ilahi, di mana manusia dipanggil untuk menjadi alat Tuhan dalam menarik jiwa yang terhilang kepada-Nya. Ia menggambarkan misi kita sebagai orang percaya untuk menarik jiwa kembali kepada Kristus.
Luka di tangan (lubang paku): Mengingatkan kasih Tuhan yang tak berkesudahan, di mana Yesus rela mati walaupun hanya untuk menyelamatkan satu jiwa (Lukas 15:7).
LINGKARAN DENGAN TULISAN “GRAB 1 SOUL”
Maksud: Lingkaran dalam logo melambangkan seluruh bumi, yang menggambarkan luasnya misi Injil untuk disampaikan kepada semua bangsa, suku, bahasa, dan umat di dunia (Matius 28:19-20). Teks di dalamnya menunjukkan fokus tema Kem BM 2025 yang mengingatkan peserta bahawa misi "GRAB 1 SOUL" adalah panggilan universal, yang melibatkan setiap Kristian untuk menyebarkan Injil dan menjadi terang kepada dunia.
JALUR NYALA API DI TANGAN
Maksud: Jalur api ini diambil daripada logo rasmi Gereja Seventh-day Adventist, yang melambangkan Perkhabaran Tiga Malaikat dalam Wahyu 14:6-12. Jalur api ini mengingatkan kita akan panggilan penting sebagai umat Advent untuk menyampaikan pekabaran ini kepada dunia dan menyelamatkan jiwa yang terhilang.
API BERBENTUK BURUNG MERPATI
Maksud: Api berbentuk burung merpati melambangkan Roh Kudus yang dicurahkan kepada umat percaya untuk memimpin dan menguatkan dalam usaha menyelamatkan jiwa. Elemen ini mengingatkan peserta bahawa misi "GRAB 1 SOUL" hanya dapat berjaya dengan ketergantungan penuh kepada kuasa Roh Kudus. Ia juga menggambarkan misi kem ini untuk menyelamatkan jiwa dengan semangat yang berkobar-kobar tetapi tetap penuh kelembutan dan kasih.
WARNA JINGGA, KUNING, DAN HITAM
Jingga/Kuning: Melambangkan harapan, semangat api kasih Tuhan, dan terang Injil yang dibawa kepada dunia.
Hitam: Mengingatkan kita akan kegelapan dosa yang perlu diselamatkan melalui terang Kristus.
TAGLINE “SAVED TO SERVE”
Maksud: Menegaskan tujuan kita yang telah diselamatkan oleh Kristus, iaitu untuk melayani orang lain dengan kasih dan membawa mereka kepada Tuhan.
AYAT “LUKE 15:7”
Maksud: Merujuk kepada firman Tuhan tentang sukacita di Syurga atas seorang pendosa yang bertobat. Ayat ini mengukuhkan tema kem bahawa satu jiwa yang diselamatkan sangat bernilai di mata Tuhan.