π Tempat Berkumpul:
Kawasan parkir utama (berhadapan dewan PDMC)
Apa yang perlu dilakukan semasa kecemasan:
1. Tinggalkan bangunan dengan tenang apabila loceng berbunyi atau pengumuman dibuat.
2. Jangan ambil barang peribadi yang tidak perlu.
3. Ikut laluan keluar terdekat dengan tertib.
4. Wakil gereja akan buat headcount dan lapor kepada AJK Keselamatan.
5. Tunggu di kawasan berkumpul sehingga AJK Keselamatan beri arahan lanjut.
Dalam situasi kecemasan, ingat langkah mudah P.A.S.S sebagai panduan menyelamatkan nyawa:
P β Pull: Tarik pin keselamatan.
A β Aim: Halakan muncung ke pangkal api.
S β Squeeze: Tekan tuas untuk menyembur.
S β Sweep: Gerakkan semburan dari sisi ke sisi.
β
Gunakan hanya untuk kebakaran kecil.
β
Pastikan berdiri dalam jarak selamat (2β3 meter).
β
Utamakan keselamatan diri sebelum cuba memadam api.
Ambil tahu lokasi pintu keluar kecemasan dan alat pemadam api.
Pastikan anak-anak sentiasa dalam pengawasan ibu bapa.
Jika berlaku kecederaan atau kecemasan kesihatan, segera maklumkan kepada AJK Keselamatan.